Ramai di kalangan kita masih keliru pasal benda ni..
Banyak persoalan yg tak terjawab..
Contoh:
- Bolehkah
Aqiqah dilakukan utk diri sendiri setelah dewasa sebab dulu mak ayah tak
mampu?
- Boleh
ke daging Aqiqah dimakan oleh orang bukan Islam?
- Bolehkah
daging Aqiqah digunakan utk masak lauk kenduri?
- Bolehkah
sebahagian drpd badan haiwan seperti tanduk dan kulit dijadikan perhiasan
rumah?
- Apakah
hukum Aqiqah sebenarnya? Mesti kena buat ke?
- Betul
ke kalau seorang anak tak dibuatkan Aqiqah maka hidup dia akan sengsara?
- Tulang-tulang
semua mesti kena tanam ke?
- Boleh
ke nak combine sekali Aqiqah dan Ibadah Korban waktu Aidil Adha? Seekor
haiwan niatnya dua sekaligus?
Ni atok cuba jelaskan seringkasnya eh supaya semua boleh faham..
InshaALLaH..
Aqiqah ni hukumnya Sunat Muakkad iaitu sunat yg digalakkan.. Kalau tak
buat, tak berdosa.. Kalau buat, dpt ler pahala.. Aqiqah hukumnya TAK WAJIB…
Ianya hanya jadi Wajib apabila telah bernazar.. Aqiqah ni bermula sebelum zaman
RasuluLLaH lagi.. Kalau ada bayi lahir, waktu cukur rambut bayi tu, org Arab
jahiliyah akan sembelih haiwan tu dan darah tu dilumurkan kat kepala bayi..
Selepas RasuluLLaH SAW ada, amalan melumurkan darah tu dah dibuang.. Tapi
amalan Aqiqah dikekalkan.. Biasanya dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran
bayi.. Cukur rambut, Aqiqah dan beri nama kepada bayi.. Tapi tak semua org
mampu.. Yelah, kambing bukan murah.. Kalau baby boy, 2 ekor kena tumbang.. Kat
situ je dah nak dekat RM2,000… Belum lagi masuk belanja nak kenduri etc..
Menurut Mazhab Syafi’e, boleh dilakukan Aqiqah sebelum anak tu Baligh..
Akan tetapi, ada gak yg tak buat sampai la dia Baligh.. Maka tuntutan Aqiqah tu
pun gugur.. Takyah buat dah.. Sama gak kalau bayi tu meninggal dunia sebelum
sempat buat Aqiqah.. Tak perlu buat Aqiqah utk arwah..
Katalah mampu, buat la Aqiqah ni dan tak salah kalau orang bukan Islam
makan daging tu.. Sebab tujuan Aqiqah tu bila kita buat kenduri lalu digunakan
daging itu utk dijadikan lauk kenduri adalah bertujuan utk sedekah.. Kita jamu
tetamu yg hadir.. Seeloknya dikongsikan sesama Islam tapi takde dalil yg
mengharamkan orang bukan Islam makan daging Aqiqah..
Kalau nak buat, buatlah sebelum anak tu mencapai usia Baligh.. Kalau
dah terlepas, takyah dah buat Aqiqah tu.. Ada antara kita sampai sanggup
berhutang semata-mata nak buat Aqiqah.. Kan dah membebankan tu namanya..
Berkaitan tanam tulang tu pulak, itu tak wajib.. Nak tanam boleh, nak buang pun
boleh cuma buang kat tempat yg betul la.. Kalau nak simpan kulit dan tanduk
haiwan Aqiqah, pun boleh.. Hukumnya harus je.. Aqiqah dan Ibadah Korban TIDAK BOLEH disatukan eh.. Kena asing-asing.. tak
boleh kongsi.. Sebab dua amalan ni tujuannya berbeza.. Daging korban sunat
disedekahkan mentah manakala daging Aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak..
Satu lagi, tentang kepercayaan bahawa anak yg tak dibuatkan Aqiqah akan hidup
susah, selalu ditimpa musibah dan sebagainya, tu semua kepercayaan orang
dulu-dulu je.. Dalam Islam takde kepercayaan mcm ni.. Boleh faham eh?
WALLAu’alam…
So, kalau belum buat Aqiqah anak, pastu orang sibuk tanya:
“Dah buat Aqiqah dah?”
Jawab je:
Jawab je:
“InshaALLaH kalau ada rezeki lebih nanti.. Sunat je pun hukumnya..
Bukan Wajib pun..”
Nak Buat dan tanya
Kambing Golek Aqiqah cari kami,
P L A N A W A L
JANGAN TUNGGU LAGI TEMPAH
SEKARANG ATAU SEBARANG
PERTANYAAN HUBUNGI KAMI DAN
ANDA SEDIA DI BANTU
SEKARANG ATAU SEBARANG
PERTANYAAN HUBUNGI KAMI DAN
ANDA SEDIA DI BANTU
(Call | Wasapps | PM | WeChat )
012-2318436
KakShila
Klik here untuk
Tempahan & Info
No comments:
Post a Comment